TuneList - Make your site Live

Tuesday, 14 January 2014

Aging Gracefully: dedicated to all my dear ladies

Penuaan adalah satu proses yang kita tidak boleh kawal. Semua yang bernyawa, semua yang bernafas akan berdepan dengan hukum alam seperti yang tertulis dalam Alkitab: Pengkhotbah 3:1-11 di mana dikatakan bahawa "Untuk segala sesuatu ada waktunya, untuk apapun di bawah langit ada waktunya. Ada waktu untuk lahir, ada waktu untuk meninggal" ... dan sebagainya. 

Dari waktu kita dilahirkan sehingga ke saat kita kembali kepada Sang Pencipta kita, kita melalui satu proses sebagai ; bayi > remaja > dewasa > warga emas. Kita adalah tergolong sebagai yang diberkati dengan umur yang panjang jika kita hidup menjangkau usia emas sehingga mempunyai cucu cicit.

"Tuhan membuat segala sesuatu indah pada waktunya, bahkan Ia memberikan kekekalan dalam hati mereka. Tetapi manusia tidak dapat menyelami pekerjaan yang dilakukan Allah dari awal sampai akhir".

Dear Ladies;

Kita semua melalui proses yang sama, seperti yang saya nyatakan di atas. Bagaimanapun, proses penuaan boleh diperlahankan. Apakah bukti kita? Buktinya ialah; ada orang yang kelihatan lebih muda daripada umurnya, manakala, ada orang yang kelihatan lebih matang / tua daripada umurnya. Ada istilah pengamal kecantikan yang mengatakan bahawa "we can reverse aging". Mungkin itu sudah keterlaluan untuk mempromosikan produk kecantikan mereka. Jika betul, itu sudah melawan hukum alam. 

Dengan kesedaran dan penjagaan fizikal yang Tuhan telah karuniakan kepada kita, kita boleh perlahankan proses penuaan kita. 

Sekadar bicara hati untuk perkongsian dari pengalaman, mari kita amalkan perkara-perkara berikut:-

1.   Apa yang baik untuk bayi adalah baik untuk kita, dan sebaliknya apa yang tidak baik untuk bayi, juga tidak baik untuk kita orang dewasa / warga tua. Si ibu tidak akan memberi rokok dan minuman keras kepada bayinya dengan kesedaran bahawa benda itu tidak baik bagi bayinya. So, mari kita elakkan benda itu. 

2.   Ambil makanan tambahan (food supplement) untuk membantu tubuh kita yang prestasinya kian menurun selepas kita mencapai usia 35 tahun. Vitamin B, contohnya - adalah vitamin yang paling basic bagi tubuh kita dan membantu minda yang cerdas. Vitamin B ini mudah diperolehi di klinik-Klinik Kerajaan. Bagi mereka yang ada kemampuan untuk membeli, boleh mendapatkannya di farmasi-farmasi berhampiran. Bagaimanapun, bagi kita yang mempunyai banyak food supplement, amalkan untuk mengambilnya secara bergilir untuk tidak membebankan "liver" kita.

3.  Detoks badan kita sekali sekala. Banyak produk makanan di pasaran yang boleh digunakan untuk membuang toksik dalam badan kita, salah satu contohnya; green chlorophyll (cecair) adalah untuk detoxification. 

4.  Minum air, tidak kurang dari 8 gelas dalam sehari (ini yang susah ni. Kadang2 kurang mengambil air dalam sehari) 

4.  Ambil masa untuk berjalan /jogging.

5.  Gunakan Sunblock pada waktu siang, tidak kira di dalam rumah ataupun bila kita keluar dari rumah. Kita harus ingat bahawa, kesan pancaran UV matahari pada kulit kita tetap ada walaupun kita berada di dalam rumah.

6.   Jangan lupa pakai facial treatment kita pada waktu malam. To optimize, gunakan sebaik selepas mandi. 

7.   Guna treatment yang boleh membuang sel-sel mati di muka kita. 

8.  Buang blackheads di muka kita sekurang-kurangnya, sekali dalam seminggu. Jika mata kurang melihat.. gunakan kanta /magnifying glass.. hahahaha..

9.  Minumlah susu kalsium tinggi - kecuali kalau kita mempunyai masalah "lactose intolerance".

10.  Dapatkan tidur yang cukup setiap malam. 

11.  Cek tahap kesihatan kita dari semasa ke semasa

12.  Jangan simpan dendam di hati kita. Ampuni siapa saja yang telah menyakiti hati kita.

13.  Jangan lupa senyum pada diri kita sendiri.

14.  Berikan masa untuk diri kita sendiri.

15.  Keluarga kita adalah segalanya bagi kita. Bagaimanapun, jika ada masalah yang kita tak dapat atasi, jangan lawan masalah itu, melainkan serahkan kepada Tuhan. Tuhan bekerja dengan caraNya sendiri.

Oops.. cukup sampai di sini.

Lain orang lain amalan. Jika anda ada amalan yang boleh dikongsikan bersama  dengan rakan2 kita.. sila kongsikan di sini ya...

Ladies; Keep smiling and keep shining to those people around us.

Terima kasih.

Wednesday, 8 January 2014

Video Klip: Perkahwinan Tradisi Suku Kaum Rungus


 
This video is a joint project between the Sabah State Library & KDCA Matunggong

Shooting         :       Year 2007 -2008
Venue             :        In  Matunggong, the heartland of the Rungus people
Director          :        Mr.  Bensos Omisang
Published By  :        RE@D Matunggong
Co- Chair       :         Mr. Wong of State Library & Puan Jornah Mozihim of KDCA Matunggong

Thursday, 2 January 2014

Awas! Penipuan Global Melalui Internet


[Saya tergerak atau terpanggil untuk menulis artikel 
ini untuk wanita-wanita yang dikasihi] 

Good morning ladies!

Selamat menempuh kehidupan yang lebih waspada (cautious) pada tahun 2014 ini dengan mengambil iktibar samada melalui pengalaman kita sendiri atau berdasarkan pengalaman orang lain.

Kita perhatikan istilah "Pandai" dan "Bijak". Pandai - ialah kita belajar daripada kesilapan sendiri. Manakala, Bijak - ialah kita belajar daripada kesilapan orang lain, namun, kita sendiri tidak melakukan kesilapan itu. Kita juga bertambah bijak melalui perkongsian cerita dan pengalaman daripada kawan-kawan kita sendiri atau melalui pembacaan. Anda setujuh?

Sila baca keratan akhbar ( sumber: Daily Express pada November, 2013. Maaf, terlupa catat tarikh ia disiarkan)

Sila perhatikan bahawa cerita dalam keratan akhbar ini, terjadi di Kuala Trengganu dan pihak polis Trengganu mendedahkan bahawa penipuan serupa ini kian meningkat. Kalau pada tahun 2012, hanya melibatkan jumlah RM200,000,  pada 2013 pula, angkah terbabit telah meningkat ke RM1 juta.

Para wanita yang saya kasihi; Pendedahan oleh pihak polis itu hanya merujuk kepada kes-kes yang telah berlaku di Negeri Trengganu. Namun, perkara ini juga berlaku di mana-mana, tidak terkecuali kita di negeri Sabah. Internet Scam ini berlaku secara global. So, imagine, this is just the tip of the iceberg! Ladies! Awas! Jangan sampai kita jadi mangsa penipuan itu. Ayuh! kita perangi penipuan serupa ini daripada berleluasa. Kita adalah wanita-wanita yang bijak.

Modus Operandi penipuan itu dimulakan dengan kata-kata cinta.  Tapi, jangan lupa, itu hanya "love scam" !! Selepas itu, disusuli dengan "money scam". Si lelaki itu, konon-konon amat  mencintai dan mempercayai si wanita itu, dan sanggup mengirimkan sejumlah wang yang besar ke akaun si wanita tu. Tapi, ada tapinya! Sebelum itu, yuran proses or whatever they call it, perlu dibayar dulu dan si lelaki itu kononnya minta tolong si wanita untuk membayar dulu yuran tersebut agar sejumlah wang yang besar itu dapat dikeluarkan dan dimasukkan ke akaun si wanita. Oleh kerana si wanita itu sudah dibuai cinta kekasih onlinenya, maka dia sanggup berkorban apa saja kerana dua perkara; 1) demi cintanya, dan 2) dengan keyakinan bahawa sejumlah wang yang besar itu betul-betul ada.

Adakah anda pernah berdepan dengan situasi begitu? Does this ring something in your mind? Jangan terpedaya seperti wanita di keratan akhbar ini.

Satu perkara lagi. Si lelaki itu akan menggunakan gambar yang kacak, yang belum tentu kepunyaannya. So, bayangkan! si wanita itu sebenarnya hanya bercinta dengan gambar-gambar yang dipaparkan di Timeline si lelaki. Saya samakan (likened) cinta online itu seperti game online di FB. Ia boleh game-over pada bila-bila masa. Apakah anda sependapat dengan saya? 

Saya ada beberapa kawan wanita yang ada menceritakan tentang pengalaman mereka berkawan dengan orang asing di FB. Macam-macam juga karenah mereka konon.. tapi, mujurlah, tidak ada di antara mereka yang terperangkap sehingga tertipu seperti wanita dalam keratan akhbar ini.

Awas! para ibu tunggal menjadi sasaran/target penipuan ini. Ibu-ibu yang mempunyai akaun FB, janganlah simpan status anda sebagai "single mom / divorced / separated / ibu tunggal / janda / bercerai dan sebagainya. Seandainya, ditakdirkan untuk berkahwin semulapun, biarlah dengan orang yang dikenali, bukan hanya kenalan melalui internet. Bagaimanapun, saya tak katakan yang mereka (orang asing) itu semuanya dengan tujuan menipu. Jika anda dapat yang jujur orangnya, tanpa tujuan menipu... syukurlah dan tahniah! 

Pesanan saya: Awas! Waspada! Hati-hati! Biarlah bijak bila berdepan dengan situasi seperti itu. Orang Sabah bilang  "dari kita saja bah itu".

Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan dengan wanita-wanita lain bahkan dengan gadis-gadis kita.

Love you all ladies!


Wednesday, 1 January 2014

My humble message for the New Year 2014

Good morning my fellow Sabahans!


With the increase of the  electricity tariff with effect from 1st January, 2014, the prices of goods and services are expected to escalate and thus "lead to inflation throughout Malaysia in the initial stage", as mentioned by the governor of Bank Negara Malaysia. 


Sabahan will definitely feel the big blow. I will not elaborate "why",  as most Sabahan, even the kampung folks know and will feel the pinch. Bravo! to the Sarawakians, as they are spared by the increase.  


What shall we Sabahan  do? We like it or not, we are now in 2014. Let's usher into the New Year with strong determination and with a positive mind. Let us be focused and prioritize:-

Just my piece of mind (secebis minda) to share;

1. Avoid complexity in life. Change our lifestyle. Go for healthy lifestyle to reduce our medical bills and increase our productivity. To be healthy, opt for jogging at the nearest park to your home. It is cheaper than going to our medical doctor when we fall ill.

2. Recognize the changing time. Utilize modern technology to save our hard earned money:- 

*  Use Whatsapp, Wechat, Line, Facebook, Yahoo Messenger, Skype and other applications available "free" online instead of smses or calls from your mobile phone. Not everybody's mobile phone has that facilities though, but for us who has that, use it. Another good option is; use home wifi package that allows us to call "foc" to all fixed line, whether locally or even  internationally. That is a very good offer that we should go for. By the way, I am enjoying that facility in my home. 

* Go for internet banking.

i)   When dealing with your banking transactions, use online banking. That would save your time, money and all the stresses you have to go though like;  driving on the road with heavy traffic jam that hardly move, getting a parking that you need to pay, or even being compounded for illegal parking, and the hassle of having to wait for your bank teller number to be called. So, why not! Utilize the internet banking where you can do your banking transactions just in front of your computer at the comfort of your home.

ii) If you don't have a wifi at home, you may just go to any cyber cafe nearby, where you can go online and do your banking transactions there, instead of running from bank to bank where you maintained your housing loan, car loans, etc. 

Do you find this helpful? Share your ideas here to add on to what I have shared. 

May you have a blessed and wonderful year 2014. 

God bless everyone of us. Thank you

Friday, 27 December 2013

Check Your Blood Pressure From Time To Time - Senior Citizen told




Jornah Mozihim sedang menyampaikan bantuan beras kepada ahli Persatuan Warga Emas Matunggong (PERMAS) semasa Majlis Rumah Terbuka Krismas PERMAS di Rumah Kediaman Pengerusi PERMAS. 

Matunggong: 27hb Disember, 2013

Puan Jornah Mozihim, selaku Penasihat kepada Persatuan Warga Emas Matunggong (PERMAS) dalam ucapan beliau telah menyarankan agar para warga emas dalam PERMAS menjalankan pemeriksaan tekanan darah dari masa ke semasa bila dirasakan perlu untuk mengelakkan masalah Stroke. Kehidupan seseorang warga emas bahkan seluruh ahli dalam keluarga akan menjadi rumit bila ada di kalangan ahli keluarga mengidap penyakit stroke. Justeru itu, beliau menyarankan kepada MYSIHAT cawangan Kudat yang bekerja rapat dengan PERMAS agar menyediakan perkhidmatan pemeriksaan untuk ahli-ahli PERMAS sekurang-kurangnya, sekali dalam masa enam bulan. 

Wednesday, 18 December 2013

Bangunkan Blog anda di "www.blogger.com" melalui Google Account anda secara percuma.

Berikut adalah gambar-gambar aktiviti Kursus Asas Membangunkan blog;

Tempat:  Di e-Desa Kg. Pinawantai,  Matunggong
Tarikh:    Pada 10-12 Disember, 2013
Tajaan:    Maktab Koperasi Malaysia, Cawangan Sabah
Anjuran:   Koperasi Matunggong Kudat Bhd


==================================================================
Bangunan e-Desa Kg. Pinawantai yang dibina pada 2008. Di situlah kami berkursus membangunkan blog selama 3 hari. Sesiapa yang berminat melayari internet boleh menggunakan tempat ini dengan kadar sewa RM2.00 sejam menurut Pengurusnya Puan Elcy Thomas M.


==================================================================



Peserta sedang rehat untuk sarapan pagi






==================================================================
nnnnnDi Dalam Ruang Siber
=================================================================
Para Guru  Kita yang menjadi Peserta - Gambar oleh: Cikgu Marasun Ismail
=================================================================
Encik Muhammad Pisah Ali - Tenaga Pengajar dari Maktab Koperasi Malaysia, Cwgn Sabah. 
===================================================================
  Jmozie, Pengerusi Koperasi Matunggong Kudat Bhd telah menyampaikan cenderahati berupa kalung manik khas dgn logo "1Malaysia" kpd Penceramah.
==================================================================

Ustaz / Cikgu Marasun Ismail, Penghulu bagi Kursus sedang menyampaikan cenderahati kepada Penceramah
==================================================================










Peserta wanita dalam kursus




==================================================================






Bestnya! Kabo

==================================================================
Gambar Kenangan Peserta bersama Penceramah, Tuan Muhammad Pisah Ali, dari Maktab Koperasi Malaysia, Cwgn Sabah. Gambar diambil pada 12/12/2013

Sunday, 15 December 2013

Bahasa Jiwa Bangsa ( Atanus nopo i Boros, nga atanus no i Bansa)



The four young "graduates" from Taska Bahasa Warisan Rungus with Jornah ( 4th from right), the teachers and officials.

Help preserve Rungus language, parents told

Published on: Sunday, December 15, 2013 - By Daily Express

MATUNGGONG: President of the Rungus Cultural Association (RCA) Sabah, Jornah Mozihim, said it is incumbent upon parents to use the Rungus language when communicating with their children in the home. This is because parents are invariably the "first teachers" to their children. She was speaking at the 2013 Graduation Ceremony for the first batch of pupils from Taska Bahasa Warisan Rungus (Rungus Heritage Language Nursery) under the management of RCA Sabah at the KDCA Kg Bonduk Rumah Budaya, here. They comprised one pupil from Taska Bahasa Warisan RCA, Kg Gombizau and three others from Taska Bahasa Warisan RCA, Kg Bonduk.


"We look forward to parents' cooperation in making a success of our Rungus language preservation programme. They are encouraged to inculcate a love for their mother tongue in their children. "This is in line with the theme of Taska Bahasa Warisan Rungus - Love our Mother Tongue, I Boros, ino-no ikointutunan tokou - Atanus nopo o boros nga atanus no o bansa (meaning language indicates race, once the language is lost, race is lost too)," said Jornah, who is a former Matunggong Assemblywoman. She hoped the certificate award to the children would motivate them to continue learning their mother tongue. "This is where parents play an important role," she added.


Launched on August 13, 2012, Taska Bahasa Warisan Rungus for children aged between three and five years, is a joint initiative undertaken by RCA and SIL International (formerly the Summer Institute of Linguistics) a U.S.-based, worldwide, non-profit organisation.
The nursery teachers are trained by SIL International. The medium of instruction is 100pc Rungus.

Jornah expressed her gratitude to SIL International, Sabah Branch for their commitment in providing training to teachers of Taska Bahasa Warisan Rungus, and funding the services of two teachers as well as defraying the monthly allowance for two other teachers and a supervisor.
Also present were the Coordinator for Sabah's Taska-Taska Bahasa Warisan, Dr Mark Miller, SIL International staff member, Christine, and Coordinator for Taska-Taska Bahasa Warisan Tobilung.