
ini untuk wanita-wanita yang dikasihi]
Good morning ladies!
Selamat menempuh kehidupan yang lebih waspada (cautious) pada tahun 2014 ini dengan mengambil iktibar samada melalui pengalaman kita sendiri atau berdasarkan pengalaman orang lain.
Kita perhatikan istilah "Pandai" dan "Bijak". Pandai - ialah kita belajar daripada kesilapan sendiri. Manakala, Bijak - ialah kita belajar daripada kesilapan orang lain, namun, kita sendiri tidak melakukan kesilapan itu. Kita juga bertambah bijak melalui perkongsian cerita dan pengalaman daripada kawan-kawan kita sendiri atau melalui pembacaan. Anda setujuh?
Sila baca keratan akhbar ( sumber: Daily Express pada November, 2013. Maaf, terlupa catat tarikh ia disiarkan)
Sila perhatikan bahawa cerita dalam keratan akhbar ini, terjadi di Kuala Trengganu dan pihak polis Trengganu mendedahkan bahawa penipuan serupa ini kian meningkat. Kalau pada tahun 2012, hanya melibatkan jumlah RM200,000, pada 2013 pula, angkah terbabit telah meningkat ke RM1 juta.
Para wanita yang saya kasihi; Pendedahan oleh pihak polis itu hanya merujuk kepada kes-kes yang telah berlaku di Negeri Trengganu. Namun, perkara ini juga berlaku di mana-mana, tidak terkecuali kita di negeri Sabah. Internet Scam ini berlaku secara global. So, imagine, this is just the tip of the iceberg! Ladies! Awas! Jangan sampai kita jadi mangsa penipuan itu. Ayuh! kita perangi penipuan serupa ini daripada berleluasa. Kita adalah wanita-wanita yang bijak.
Modus Operandi penipuan itu dimulakan dengan kata-kata cinta. Tapi, jangan lupa, itu hanya "love scam" !! Selepas itu, disusuli dengan "money scam". Si lelaki itu, konon-konon amat mencintai dan mempercayai si wanita itu, dan sanggup mengirimkan sejumlah wang yang besar ke akaun si wanita tu. Tapi, ada tapinya! Sebelum itu, yuran proses or whatever they call it, perlu dibayar dulu dan si lelaki itu kononnya minta tolong si wanita untuk membayar dulu yuran tersebut agar sejumlah wang yang besar itu dapat dikeluarkan dan dimasukkan ke akaun si wanita. Oleh kerana si wanita itu sudah dibuai cinta kekasih onlinenya, maka dia sanggup berkorban apa saja kerana dua perkara; 1) demi cintanya, dan 2) dengan keyakinan bahawa sejumlah wang yang besar itu betul-betul ada.
Adakah anda pernah berdepan dengan situasi begitu? Does this ring something in your mind? Jangan terpedaya seperti wanita di keratan akhbar ini.
Satu perkara lagi. Si lelaki itu akan menggunakan gambar yang kacak, yang belum tentu kepunyaannya. So, bayangkan! si wanita itu sebenarnya hanya bercinta dengan gambar-gambar yang dipaparkan di Timeline si lelaki. Saya samakan (likened) cinta online itu seperti game online di FB. Ia boleh game-over pada bila-bila masa. Apakah anda sependapat dengan saya?
Adakah anda pernah berdepan dengan situasi begitu? Does this ring something in your mind? Jangan terpedaya seperti wanita di keratan akhbar ini.
Satu perkara lagi. Si lelaki itu akan menggunakan gambar yang kacak, yang belum tentu kepunyaannya. So, bayangkan! si wanita itu sebenarnya hanya bercinta dengan gambar-gambar yang dipaparkan di Timeline si lelaki. Saya samakan (likened) cinta online itu seperti game online di FB. Ia boleh game-over pada bila-bila masa. Apakah anda sependapat dengan saya?
Saya ada beberapa kawan wanita yang ada menceritakan tentang pengalaman mereka berkawan dengan orang asing di FB. Macam-macam juga karenah mereka konon.. tapi, mujurlah, tidak ada di antara mereka yang terperangkap sehingga tertipu seperti wanita dalam keratan akhbar ini.
Awas! para ibu tunggal menjadi sasaran/target penipuan ini. Ibu-ibu yang mempunyai akaun FB, janganlah simpan status anda sebagai "single mom / divorced / separated / ibu tunggal / janda / bercerai dan sebagainya. Seandainya, ditakdirkan untuk berkahwin semulapun, biarlah dengan orang yang dikenali, bukan hanya kenalan melalui internet. Bagaimanapun, saya tak katakan yang mereka (orang asing) itu semuanya dengan tujuan menipu. Jika anda dapat yang jujur orangnya, tanpa tujuan menipu... syukurlah dan tahniah!
Pesanan saya: Awas! Waspada! Hati-hati! Biarlah bijak bila berdepan dengan situasi seperti itu. Orang Sabah bilang "dari kita saja bah itu".
Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan dengan wanita-wanita lain bahkan dengan gadis-gadis kita.
Love you all ladies!
No comments:
Post a Comment