Penuaan adalah satu proses yang kita tidak boleh kawal. Semua yang bernyawa, semua yang bernafas akan berdepan dengan hukum alam seperti yang tertulis dalam Alkitab: Pengkhotbah 3:1-11 di mana dikatakan bahawa "Untuk segala sesuatu ada waktunya, untuk apapun di bawah langit ada waktunya. Ada waktu untuk lahir, ada waktu untuk meninggal" ... dan sebagainya.
Dari waktu kita dilahirkan sehingga ke saat kita kembali kepada Sang Pencipta kita, kita melalui satu proses sebagai ; bayi > remaja > dewasa > warga emas. Kita adalah tergolong sebagai yang diberkati dengan umur yang panjang jika kita hidup menjangkau usia emas sehingga mempunyai cucu cicit.
"Tuhan membuat segala sesuatu indah pada waktunya, bahkan Ia memberikan kekekalan dalam hati mereka. Tetapi manusia tidak dapat menyelami pekerjaan yang dilakukan Allah dari awal sampai akhir".
Dear Ladies;
Kita semua melalui proses yang sama, seperti yang saya nyatakan di atas. Bagaimanapun, proses penuaan boleh diperlahankan. Apakah bukti kita? Buktinya ialah; ada orang yang kelihatan lebih muda daripada umurnya, manakala, ada orang yang kelihatan lebih matang / tua daripada umurnya. Ada istilah pengamal kecantikan yang mengatakan bahawa "we can reverse aging". Mungkin itu sudah keterlaluan untuk mempromosikan produk kecantikan mereka. Jika betul, itu sudah melawan hukum alam.
Dengan kesedaran dan penjagaan fizikal yang Tuhan telah karuniakan kepada kita, kita boleh perlahankan proses penuaan kita.
Sekadar bicara hati untuk perkongsian dari pengalaman, mari kita amalkan perkara-perkara berikut:-
1. Apa yang baik untuk bayi adalah baik untuk kita, dan sebaliknya apa yang tidak baik untuk bayi, juga tidak baik untuk kita orang dewasa / warga tua. Si ibu tidak akan memberi rokok dan minuman keras kepada bayinya dengan kesedaran bahawa benda itu tidak baik bagi bayinya. So, mari kita elakkan benda itu.
2. Ambil makanan tambahan (food supplement) untuk membantu tubuh kita yang prestasinya kian menurun selepas kita mencapai usia 35 tahun. Vitamin B, contohnya - adalah vitamin yang paling basic bagi tubuh kita dan membantu minda yang cerdas. Vitamin B ini mudah diperolehi di klinik-Klinik Kerajaan. Bagi mereka yang ada kemampuan untuk membeli, boleh mendapatkannya di farmasi-farmasi berhampiran. Bagaimanapun, bagi kita yang mempunyai banyak food supplement, amalkan untuk mengambilnya secara bergilir untuk tidak membebankan "liver" kita.
3. Detoks badan kita sekali sekala. Banyak produk makanan di pasaran yang boleh digunakan untuk membuang toksik dalam badan kita, salah satu contohnya; green chlorophyll (cecair) adalah untuk detoxification.
4. Minum air, tidak kurang dari 8 gelas dalam sehari (ini yang susah ni. Kadang2 kurang mengambil air dalam sehari)
4. Ambil masa untuk berjalan /jogging.
5. Gunakan Sunblock pada waktu siang, tidak kira di dalam rumah ataupun bila kita keluar dari rumah. Kita harus ingat bahawa, kesan pancaran UV matahari pada kulit kita tetap ada walaupun kita berada di dalam rumah.
6. Jangan lupa pakai facial treatment kita pada waktu malam. To optimize, gunakan sebaik selepas mandi.
7. Guna treatment yang boleh membuang sel-sel mati di muka kita.
8. Buang blackheads di muka kita sekurang-kurangnya, sekali dalam seminggu. Jika mata kurang melihat.. gunakan kanta /magnifying glass.. hahahaha..
9. Minumlah susu kalsium tinggi - kecuali kalau kita mempunyai masalah "lactose intolerance".
10. Dapatkan tidur yang cukup setiap malam.
11. Cek tahap kesihatan kita dari semasa ke semasa
12. Jangan simpan dendam di hati kita. Ampuni siapa saja yang telah menyakiti hati kita.
13. Jangan lupa senyum pada diri kita sendiri.
14. Berikan masa untuk diri kita sendiri.
15. Keluarga kita adalah segalanya bagi kita. Bagaimanapun, jika ada masalah yang kita tak dapat atasi, jangan lawan masalah itu, melainkan serahkan kepada Tuhan. Tuhan bekerja dengan caraNya sendiri.
13. Jangan lupa senyum pada diri kita sendiri.
14. Berikan masa untuk diri kita sendiri.
15. Keluarga kita adalah segalanya bagi kita. Bagaimanapun, jika ada masalah yang kita tak dapat atasi, jangan lawan masalah itu, melainkan serahkan kepada Tuhan. Tuhan bekerja dengan caraNya sendiri.
Oops.. cukup sampai di sini.
Lain orang lain amalan. Jika anda ada amalan yang boleh dikongsikan bersama dengan rakan2 kita.. sila kongsikan di sini ya...
Ladies; Keep smiling and keep shining to those people around us.
Ladies; Keep smiling and keep shining to those people around us.
Terima kasih.